“Sasaran Adi ingin belajar di Monash University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya,” katanya. Bagaimanapun menurut Adi Putra, beliau berhadapan masalah dana bagi membantunya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan matematik yang diminatinya. “Masalahnya ialah dana…Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak. “Semuanya Adi kena bergerak sendiri. Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga,” katanya. Bercerita mengenai projek terbaharunya pada ketika ini, Adi Putra berkata, beliau kini sedang menumpukan perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri.Cerita Adi Putra, kelab berkenaan bertujuan melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing. "Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik. "Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta," katanya. Setakat ini, menurut Adi Putra kelab berkenaan berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan."Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik. "Setakat ini permintaan pun Alhamdulillah. Ada lagi sekolah-sekolah yang mahu Adi tubuhkan Kelab Inovasi Matematik ini di sekolah mereka. "Adi sudah siapkan modul untuk sekolah menengah. Pada peringkat awal ini Adi sendiri yang akan mengajar bersama guru bimbingan kelab itu nanti," katanya.
butyrea

0 Response to "butyrea"
Post a Comment